|
|
 |
|
Keseimbangan antara cita-cita dan ilmu untuk merubah May 28, 2007
SUATU ketika dulu, imej Islam dipandang hebat oleh dunia Barat dan Timur. Rasulullah s.a.w. membina asas tamadun dengan menjadikan Madinah sebagai model asas dan dikembangkan oleh para sahabatnya, tabie tabien, para ulama dan ilmuan yang terbilang sehingga menjadikannya tamadun yang bertahan hampir 700 tahun. Baitulhikmah dibangunkan dengan tradisi perpustakaan dan ilmu yang amat menakjubkan. Zaman Abbasiyyah adalah zaman yang menampilkan keunggulan tradisi sains dan matematik yang amat mengkagumkan. Andalusia menjadi tempat rujukan ilmu dan Barat terhutang ilmu kepada tamadun Islam. Orang-orang Barat melihat Islam di Andalusia sebagai agama tamadun. Darinya lahir ilmuan terbilang dalam berbagai bidang. Karya-karya mereka diterjemahkan ke bahasa orang-orang Barat iaitu bahasa Latin dan Ibrani dan ilmunya diambil untuk dijadikan sandaran dalam membangun ilmu-ilmu falsafah, astronomi, sains, perubatan, geografi, matematik, muzik dan sebagainya. |
| | |
Tamadun Islam rujukan pembangunan Barat April 3, 2007
HASIL kejayaan saintis dan ilmuan Islam yang mencipta tamadun suatu ketika dahulu telah dijadikan rujukan kepada bangsa Eropah untuk membangunkan kecemerlangannya dalam pelbagai bidang sehingga masa kini. Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi dan Inovasi negeri Johor, Zainal Abidin Osman berkata, bangsa tersebut telah meniru keintelektualan Islam seperti kejayaan dalam bidang perubatan, astronomi dan ekonomi sehingga berlaku perubahan besar dalam sejarah tamadun mereka pula. "Kemajuan bangsa Eropah dalam pelbagai bidang pada masa ini sebenarnya dicedok daripada hasil kejayaan Islam mencipta tamadunnya suatu ketika dahulu," katanya. |
| |
|  |
|