BeritaTamadun Islam rujukan pembangunan Barat Published: April 3, 2007
HASIL kejayaan saintis dan ilmuan Islam yang mencipta tamadun suatu ketika dahulu telah dijadikan rujukan kepada bangsa Eropah untuk membangunkan kecemerlangannya dalam pelbagai bidang sehingga masa kini. Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi dan Inovasi negeri Johor, Zainal Abidin Osman berkata, bangsa tersebut telah meniru keintelektualan Islam seperti kejayaan dalam bidang perubatan, astronomi dan ekonomi sehingga berlaku perubahan besar dalam sejarah tamadun mereka pula. "Kemajuan bangsa Eropah dalam pelbagai bidang pada masa ini sebenarnya dicedok daripada hasil kejayaan Islam mencipta tamadunnya suatu ketika dahulu," katanya. Read More...
Pameran kegemilangan Islam ke negara OIC - Jamaluddin Published: March 28, 2007
ROMPIN, Pahang - Kejayaan Pameran Kegemilangan Sains Dalam Tamadun Islam di negara ini yang dikunjungi hampir 300,000 orang akan turut dibawa ke negara-negara yang menganggotai Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Jamaluddin Jarjis. ``Kita sebagai negara Pengerusi OIC mahu membantu membuka mata masyarakat Islam antarabangsa bahawa sains adalah ilmu yang perlu dikuasai demi mengembalikan kegemilangan Islam," katanya. Beliau juga berkata, kementeriannya merancang membina sebuah pusat tetap bagi menempatkan bahan-bahan pameran daripada kegemilangan sains Islam yang lampau. Read More...
Pameran Kegemilangan Sains berjaya - KSU Published: March 18, 2007
KEMENTERIAN Sains, Teknologi dan Inovasi menyifatkan Pameran Kegemilangan Sains Dalam Tamadun Islam yang sebelum ini diadakan di ibu negara berjaya mencapai matlamatnya dalam membuka minda masyarakat terhadap pentingnya mempelajari ilmu sains dan teknologi.
Ketua Setiausahanya, Datuk Hanan Alang Endut berkata, pameran yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dari 8 Jan hingga 14 Feb itu telah dikunjungi 250,000 orang. “Ini membuktikan pameran itu telah berjaya terutama untuk mengubah persepsi masyarakat tentang pentingnya pencarian ilmu sains dan teknologi itu,” katanya ketika berucap merasmikan Pameran Kegemilangan Sains Dalam Tamadun Islam-Sains Islam Mendahului Zaman secara “on-wheel” di Kota Bharu, Kelantan.
Read More...
Pameran bergerak ke seluruh negara Published: March 12, 2007
PAMERAN Kegemilangan Sains Dalam Tamadun Islam - Sains Islam Mendahului Zaman telah dibawa ke seluruh negara melalui konsep `on-wheel' bagi membolehkan lebih ramai rakyat negara ini melihat hasil ciptaan ilmuan Islam itu secara lebih dekat. Destinasi pertama pameran bergerak itu ialah Ipoh, perak pada 6 Mac lalu dan akan berakhir di Selangor pada 4 April ini. Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi telah menyediakan dua bas khas, iaitu sebuah yang memuatkan replika model ciptaan saintis Islam sementara sebuah lagi khusus memberikan penerangan dalam bentuk persembahan multimedia. Read More...
Melaka berminat anjur pameran Published: March 2, 2007
MELAKA menyatakan minat untuk menganjurkan Kegemilangan Sains Dalam Tamadun Islam yang di adakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dan berakhir 15 Februari lalu. Ketua Menterinya, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, beliau sudah bertemu dengan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Jamaludin Jarjis ketika melawat pameran itu baru-baru ini dan berbincang mengenai perkara tersebut. Read More...
Pameran di Pusat Sains Negara Published: February 26, 2007
BAGI penduduk di Lembah Klang yang tidak sempat menyaksikan Pameran Kegemilangan Sains Dalam Tamadun Islam yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dari 8 Januari hingga 14 Februari lalu, mereka boleh mengunjunginya di Pusat Sains Negara (PSN). Selama sebulan dari 1 hingga 31 Mac pameran yang mengenengahkan kejayaan dan kegemilangan saintis dan ahli fikir Islam kira-kira 1,000 tahun lalu diadakandi PSN, di Bukit Kiara.
Read More...
250,000 kunjungi pameran Published: February 22, 2007
PAMERAN Kegemilangan Sains Dalam Tamadun Islam yang bermula pada 8 Januari lalu dan di tutup secara rasminya pada 15 Februari lalu telah dikunjungi 250,000 pengunjung. Ia membuktikan pameran yang mengketengahkan ciptaan ilmuan Islam dalam bidang sains dan teknologi itu mendapat perhatian pelbagai lapisan masyarakat di negara ini termasuk yang bukan Islam. Pameran Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) itu telah dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan ditutup ole Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Read More...
Pameran akan ke seluruh negeri Published: February 20, 2007
PAMERAN Kegemilangan Sains dan Tamadun Islam yang baru sahaja berakhir akan diadakan di semua negeri tidak lama lagi, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Jamaluddin Jarjis. Beliau berkata langkah itu bagi membangkitkan kesedaran di kalangan lebih ramai umat Islam di negara ini bahawa agama Islam bukan hanya berkaitan soal ibadah tetapi juga perkara lain yang membawa kejayaan umat Islam pada masa lampau. Read More...
Generasi muda perlu bangkit kuasai ilmu - Najib Published: February 15, 2007
Umat Islam terutama generasi muda perlu bangkit membela nasib ummah dan mengangkat kembali maruah mereka melalui penguasaan ilmu pengetahuan yang membawa kemajuan serta kemakmuran.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, umat Islam perlu menjadi perintis inovasi dan ilmu baru bagi mengurangkan kebergantungan Islam kepada bangsa lain di dunia. Read More...
Lebih 180,000 kunjungi pameran Published: February 10, 2007
PAMERAN Kegemilangan Sains Dalam Tamadun Islam yang sedang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) telah mencatat jumlah pengunjung lebih 180,000 orang. Sehingga 10 Februari, 182,384 pengunjung telah datang untuk menyaksikan pameran yang mengketengahkan kegemilangan sains Islam yang bermula pada 8 Januari lalu itu. Read More...
|