Microsoft tukar logo baru selepas 25 tahun
Seiring dengan perkembangan pelbagai produk dan trend terkini Microsoft akhirnya menukar logonya kepada yang baru. Logo baru ini nampak lebih simple dengan tulisan “Microsoft” di sebelah empat petak warna.
Empat petak warna itu sudah sinonim dengan pengguna Windows cuma ia kini adalah empat segi tepat dan datar, tidak lagi beralun seperti bendera. Manakala huruf “O” dalam “micro” tidak ada lagi bentuk seperti “mulut Pac-Man”
Menurut blog rasmi Microsoft, kini adalah masa yang tepat untuk perubahan dengan pelbagai versi produk yang baru. “.. ia mewakili satu era baru bagi Microsoft, jadi logo kita harus berubah untuk menyerlahkan permulaan baru ini.”
Logo ini menggunakan font Segoe yang merupakan huruf yang sama digunakan dalam produk serta kempen pemasaran Microsoft. Manakala simbol warna yang datar adalah bertujuan untuk meluahkan portfolio pelbagai produk syarikat.
Grafik menunjukkan evolusi logo Microsoft sejak ia ditubuhkan.