Bagaimana burn atau menyalin format *.iso ke dalam CD
Kini semakin ramai pengguna broadband yang memuat turun atau download file-file dalam format*.iso ke HDD. Tetapi ramai juga yang bertanya bagaimana mahu burn format *.iso ini ke dalam cd.
- Jikalau anda sudah ada file format *.iso, maka anda boleh install atau memuat turun software atau applikasi untuk burn seperti Nero dan sebagainya. Pastikan anda ada cdrw atau dvdrwuntuk melakukan proses ini.
- Kemudian, jalankan atau Run applikasi Nero itu.
- Pilih Nero Start Smart.
- Pilih Burn Image to Disc.
- Pilih file format *.iso yang telah anda memuat turun itu.
- Check option Finalize dan juga Write. Kemudian anda pilih option Write dan tunggu sehingga habis proses burn dijalankan.
- Periksa semula kandungan cd itu setelah proses burn selesai.
By Civ3
Published: December 31, 2005