PUTERA.com

Sumber Rujukan Teknologi Maklumat & Perniagaan Internet

Microsoft bayar Nokia US$250j untuk guna Windows

Laporan kewangan syarikat Nokia mendedahkan bahawa Microsoft telah membayar sebanyak US$250 juta pada suku ke-4 2011 supaya menggunakan Windows dalam telefon mereka.

Kedua-dua syarikat itu sebelum ini agak liat untuk mendedahkan jumlah pelaburan yang terlibat dalam usahasama mereka, namun statistik dari laporan itu menunjukkan ia adalah permulaan kepada subsidi dari Microsoft yang dijangka mencecah bilion.

“Perjanjian strategik luas kami dengan Microsoft merangkumi bayaran sokongan platform dari Microsoft kepada kami dan juga bayaran royalti perisian dari kami kepada Microsoft,” kata Nokia dalam laporan kewangannya. “Kami punyai struktur royalti perisian yang kompetetif yang termasuk komitmen royalti minimum.”

Perjanjian itu membayangkan Nokia hanya membayar dalam jumlah yang kecil kepada Microsoft untuk menggunakan Windows Phone dalam setiap telefonnya jika dibandingkan dengan pemegang lesen lain seperti HTC dan Samsung.

Menurut Nokia, untuk sepanjang hayat perjanjian itu, kedua-dua bayaran sokongan platform dan komitment royalti minimum dijangka akan mencecah berbilion dolar.

Nokia dianggarkan telah menjual 1 juta telefon menggunakan Windows Phone pada November hingga Disember lalu untuk pasaran Eropah pada model Nokia Lumia 710 dan 800. Pasaran di Amerika Syarikat pula baru dimulakan dengan model Lumia 710. Model Lumia 900 pula dijangka akan mula dipasarkan di Amerika Syarikat dan Eropah akhir tahun nanti.

Microsoft dan Nokia dijangka akan teruji apabila Windows Phone dibawa memasuki pasaran ‘yang sedang berkembang’ yang secara tradisionalnya telefon bajet rendah Nokia menguasai pasaran mendahului Samsung atau Apple, seperti di Asia.

– PUTERA.com

Tinggalkan Balasan

Prof Jenin
IT Expert
ChatBot