PUTERA.com

Sumber Rujukan Teknologi Maklumat & Perniagaan Internet

Tragedi iPhone: Remaja Mogok Lapar Demi Telefon Mewah

iPhone, jenama yang menjadi idaman ramai terutama sekali golongan muda hari ini, kadang-kala mencetuskan tindakan yang tidak masuk akal. Ada yang sanggup menjual buah pinggang atau bekerja sambilan semata-mata untuk memiliki peranti mewah ini.

Baru-baru ini, seorang remaja dari India menjadi tular di media sosial selepas mengaku mogok lapar selama tiga hari untuk mendapatkan iPhone.

Video yang dikongsikan menunjukkan bagaimana beliau mendesak ibunya untuk membeli telefon tersebut walaupun mengetahui latar belakang keluarga yang miskin.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by NeuzBoy (@neuzboymedia)

Kisah Menyayat Hati di Sebalik iPhone

Lebih menyedihkan, ibu remaja tersebut hanya mencari rezeki dengan menjual bunga di luar kuil. “Saya menjual bunga di luar kuil dan saya memberinya wang untuk membeli telefon kerana dia tidak makan apa-apa selama tiga hari,” kata ibunya dalam video yang tular itu.

Walaupun merasa gembira kerana anaknya akhirnya mendapat apa yang diinginkan, si ibu tetap berharap anaknya boleh bekerja dan membawa pulang wang kepada keluarga. Tambahan pula, ramai warga maya meluahkan rasa geram dan marah terhadap tindakan remaja tersebut yang dianggap tidak prihatin terhadap keadaan ibunya.

Reaksi Warga Maya

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya melontarkan komen yang mencerminkan rasa kecewa mereka. “Menghabiskan wang sebanyak ini untuk telefon (iPhone) apabila anda tidak bekerja, manakala ibu anda bekerja keras dengan menjual bunga, tidak masuk akal,” kata seorang pengguna media sosial.

“Ibunya berputus asa kerana mogok lapar. saya tak tahu nak cakap apa. Video ini menghancurkan hati saya,” tambah seorang lagi.

Kes ini seharusnya menjadi pengajaran buat semua. Kehidupan yang serba kekurangan tidak seharusnya membuatkan kita lupa akan nilai kesyukuran dan tanggungjawab terhadap keluarga.

Tindakan mendesak ibu bapa hingga mengorbankan keperluan asas untuk kepuasan peribadi bukanlah sesuatu yang patut dicontohi.

Tinggalkan Balasan

Prof Jenin
IT Expert
ChatBot