PUTERA.com

Sumber Rujukan Teknologi Maklumat & Perniagaan Internet

Jadi Penulis Tamu di PuTeRA.com

Adakah anda rajin menulis (menaip)?
Adakah anda merupakan pakar dalam sesuatu bidang?
Adakah anda mempunyai blog sendiri?
Adakah anda ingin meluaskan perniagaan anda?
Adakah anda tahu sesuatu yang orang lain tidak tahu?

Jadilah penulis tamu (guest blogger) di PUTERA.com dan tulislah artikel yang berguna kepada para pembaca kami dan juga diri anda!

Kami di PUTERA.com sedang mencari penulis-penulis tamu untuk menulis dalam bidang-bidang yang berkaitan dengan teknologi maklumat dan komunikasi serta perniagaan Internet. Jika anda mempunyai kepakaran dalam mana-mana bidang yang berkaitan, kami sangat mengalu-alukan anda untuk menulis artikel berdasarkan apa-apa tajuk yang dipilih oleh anda sendiri.

Artikel tersebut mestilah dalam bentuk perkongsian ilmu yang memberi info, mendedah atau mengajar pembaca tentang:

  • Suatu perkara, produk atau perkhidmatan yang baru
  • Suatu rahsia yang mereka belum tahu
  • Suatu teknik yang anda cipta dan tiada siapapun yang tahu
  • Suatu perkembangan yang patut mereka tahu
  • Suatu masalah yang ramai orang nak tahu penyelesaiannya
  • Suatu misteri yang ramai orang tertanya-tanya
Tulislah dalam sekurang-kurangnya 300 hingga 500 perkataan, panjang pun. Boleh gunalah segala teknik SEO yang anda tahu, dan di akhir artikel, saya benarkan anda meletakkan biodata penulis beserta link ke blog atau laman web anda! Fikirkan tentang article marketing !
Sila hubungi saya segera menerusi private message (PM) di http://facebook.com/myshanai.
Shanai
Pengasas PUTERA.com
Prof Jenin
IT Expert
ChatBot