PUTERA.com

Sumber Rujukan Teknologi Maklumat & Perniagaan Internet

Jimat Terlebih Sempena 6.6 Jualan Paling Wow Pertengahan Tahun Lazada

Pesta membeli-belah 6.6 Jualan Paling Wow Lazada kembali lagi dengan tawaran dan diskaun hebat merentasi pelbagai kategori produk! Bermula dari 8 malam ini hingga Sabtu (8 Jun), anda boleh menikmati potongan harga besar-besaran untuk barangan keperluan dapur, pakaian wanita, dan barangan rumah.

Lazada dalam kenyataannya menegaskan bahawa acara jualan ini bukan sahaja menawarkan harga terbaik tetapi juga hadiah percuma. Produk dari jenama kecantikan terkemuka seperti AVEDA, Beauty of Joseon, SKINTIFIC dan L’Occitane turut disediakan.

Dengan jaminan harga terendah Lazada, pelanggan tidak perlu risau kerana Lazada menjamin harga terbaik berbanding platform e-dagang lain.

“Sebagai jaminan kepada pengguna, Lazada akan memulangkan 120 peratus perbezaan harga kepada mereka yang menemui produk dengan spesifikasi yang sama dijual pada harga lebih rendah di tempat lain. Hanya rujuk tag Jaminan Harga Terendah pada butiran produk untuk memastikan kelayakannya dan berbelanjalah dengan yakin,” jelas kenyataan itu.

Selain tawaran Crazy Mega Brand dengan diskaun hingga 80 peratus setiap hari, Lazada juga memperkenalkan LazFlash, tawaran mengejut dengan jenama global terkenal seperti Oppo, Ogawa, Xiaomi, Le Creuset, Trapo, DJI, Sony dan Vivo yang menawarkan penjimatan besar sehingga 90 peratus.

Pengguna LazCoins juga akan menikmati keistimewaan tambahan pada 6.6 Jualan Paling Wow ini. Anda berpeluang memperoleh lebih banyak diskaun untuk produk kegemaran melalui saluran LazCoins. Dengan ganjaran dipertingkatkan bagi “check-in” harian dari 3 hingga 8 Jun, pembeli boleh mendapatkan sehingga 660 LazCoins (bernilai RM6.60).

Untuk memaksimumkan penjimatan, pastikan anda mengumpul baucar dari platform dan kedai pilihan yang boleh digabungkan dengan LazCoins dan LazCash. LazCash boleh dikumpul dengan melengkapkan misi harian, membeli-belah, menulis ulasan, bermain permainan, atau melayari tab “Like” dalam aplikasi Lazada.

Jualan kali ini juga memperkenalkan mekanik permainan baru, Tap & Win, yang boleh diakses melalui saluran Baucar. Pelanggan boleh bermain dua kali sehari untuk memenangi baucar, LazCash, serta hadiah lain sepanjang tempoh jualan. Tambahan peluang bermain diberikan jika anda berkongsi permainan ini dengan rakan-rakan.

Dari 26 Mei hingga 5 Jun, bekerjasama dengan rakan-rakan untuk bermain permainan papan Lazzie Star melalui aplikasi mudah alih Lazada. Dengan menyelesaikan pelbagai tugas permainan, meragut tenaga lawan, dan melempar dadu untuk meraih kemenangan, anda berpeluang memperoleh lebih banyak LazCash yang boleh digunakan semasa 6.6 Jualan Paling Wow.

Polisi Change of Mind Lazada pula melindungi pembeli dan membolehkan pemulangan produk yang mudah dan percuma bagi produk yang layak. Pengguna boleh menikmati tempoh pemulangan hingga 30 hari untuk pembelian daripada LazMall dan tujuh hari bagi kebanyakan penjual.

Jangan ketinggalan untuk jimat lebih dan rebut segala tawaran menarik sempena 6.6 Jualan Paling Wow Lazada! Selamat berbelanja!

Tinggalkan Balasan

Prof Jenin
IT Expert
ChatBot