PUTERA.com

Sumber Rujukan Teknologi Maklumat & Perniagaan Internet

Sad African trader has failed in business.

Kegagalan Sistem Komputer Di Syarikat

Kegagalan sistem komputer disyarikat merupakan suatu fenomena yang amat merugikan syarikat dalam pelbagai faktor seperti masa, tenaga, kewangan dan kos-kos lain yang terlibat.

 Terdapat pelbagai faktor-faktor atau punca kegagalan sesebuah sistem komputer disesebuah syarikat. Antara yang dikenalpasti ialah :

 1.0 PERANCANGAN YANG TIDAK TEPAT

Perancangan selalunya memerlukan kajian yang teliti bagi mencapai kejayaan. Namun begitu kebanyakan syarikat hanya mengambil ringan perkara tersebut dengan hanya membuat perancangan sambil lewa atau langsung tidak membuat perancangan. Diantara masaalah perancangan-perancangan yang harus diambil berat oleh syarikat ialah :

a)    Punca sumber kewangan
Syarikat harus memastikan dari mana punca kewangan untuk membiayai projek pengkomputeran agar ianya tidak menimbulkan masaalah dari aspek akaun.

b)  Keupayaan Kewangan (Budget)
Adakalanya syarikat tidak begitu mementingkan keupayaan kewangan mereka. Ini akan menimbulkan suatu implikasi yang amat buruk dimana, syarikat mungkin akan terpaksa mencari sumber lain bagi menampung kos pengkomputeran atau menanggung beban lampau hutang dengan institusi kewangan.

c)  Masa
Masa merupakan suatu lagi faktor yang kurang disedari oleh sesebuah syarikat apabila mengkomputerkan organisasi mereka. Kekurangan penelitian dalam masaalah ini akan mengakibatkan masa yang diambil bagi mengkomputerkan syarikat menjadi terlalu lama sehingga menjejas projek lain yang sepatutnya boleh dijalankan.

 Perancangan yang tepat merupakan nadi dalam pengkoputeran syarikat, jika ia tidak sempurna maka banyak lagi kesan-kesan lagi akan wujud.

 2.0 TIADA PENGETAHUAN TENTANG KOMPUTER

 Fenomena fobia komputer didalam syarikat bukanlah suatu masaalah baru. Rata-rata pemimpin-pemimpin dan pegawai-pegawai syarikat kebanyakkannya kurang berminat dalam menambah ilmu teknologi maklumat. Antara implikasi yang akan timbul apabila tiada pengetahuan komputer ialah :

a)  Mudah tertipu dengan Pembekal
Syarikat tidak sepatutnya mempercayai 100% percakapan atau cadangan pembekal. Syarikat haruslah mengambil langkah-langkah berhati-hati bagi menjamin risiko yang minimum.

b) Tidak pasti sistem yang akan digunakan
 Syarikat-syarikat yang  ingin mengkomputerkan organisasi mereka haruslah memastikan terlebih dahulu spesifikasi yang ingin digunakan agar memenuhi kehendak syarikat. Kekurangan pengetahuan mengakibatkan sistem yang dibeli tidak akan dapat memenuhi keperluan pada jangka masa yang panjang serta mudah dipengaruhi oleh pembekal-pembekal.

Para pemimpin syarikat haruslah mengambil langkah wajar bagi menambah pengetahuan mereka samada di institutsi pengajian tinggi, internet atau kolej-kolej swasta.

 3.0 KESILAPAN MEMILIH PEMBEKAL

Syarikat haruslah memilih pembekal yang boleh dipercayai dan mempu memberi servis yang baik. Banyak pembekal-pembekal komputer yang hanya pandai bermain kata dan mementingkan keuntungan semata-mata.

Antara aspek-aspek yang perlu dikaji pada pembekal ialah :

a) Latar belakang syarikat
Ia amat penting bagi mengetahui samada syarikat tersebut pernah memberi servis kepada syarikat  lain. Ia boleh membantu dalam memberi servis yang lebih baik serta tepat.

b) Keupayaan Kewangan Syarikat
Ini amat berguna bagi menjamin syarikat tersebut mampu bertahan lama dan memberi ‘continuous service’ kepada syarikat, syarikat tersebut perlu dilihat kewangannya, ini adalah kerana banyak syarikat yang ‘lari’ dan ‘bungkus tikar’ yang seterusnya akan mengakibatkan sistem komputer syarikat terbengkalai.

bagi menjamin kelancaran sistem komputer syarikat, pilihlah pembekal yang terkenal atau sudah dipercayai dan mempunyai latar belakang yang baik serta pernah memberi servis kepada syarikat-syarikat lain.

 4.0 KESILAPAN MEMILIH PERKAKASAN ‘HARDWARE’

 Perkakasan yang baik dan berkuasa amat diperlukan di syarikat-syarikat. Kesilapan dalam memilih perkakasan atau ‘hardware’ akan mengakibatkan banyak impak (impact) contohnya :

a)  Tugas seharian tidak lancar
Kekurangan memori (memory) dan harddisk (cakera keras) contohnya, boleh mengakibatkan proses ‘key in’ menjadi lambat dan hanya data-data penting sahaja yang dimasukkan bagi menjimat ruangan storan. Akibatnya berlaku permasaalahan seperti ‘millenium bugs’ yang impak dari ringkasan tarikh bagi tujuan menjimatkan storan.

b) Ketahanan perkakasan kurang
Perkakasan yang ‘clone’ atau OEM kurang berkualiti dan kemungkinan tidak mempunyai ‘warranty’ bagi menjamin hayatnya. Jika sebarang keroskan berlaku, syarikat terpaksa membelanja lebih wang bagi menjamin sistem komputer lancar.

Syarikat-syarikat bolehlah memilih perkakasan yang agak ‘branded’ seperti sistem-sistem SUN, Hewlett Packard atau International Business Machine, walaupun agak mahal namun perkakasan-perkakasan ini sudah teruji dan kualiti serta ketahanannya terjamin.

 5.0  KESILAPAN DALAM MEMILIH PERISIAN ‘SOFTWARE’

 Ini adalah bahagian yang amat penting. Ia perlu dipilih dengan amat berhati-hati kerana jikalau ia tersalah pilih, maka pemgkomputeran disyarikat tiada gunanya.

Antara perisian yang seringkali tersalah pilih ialah :

a) Operating System
Pemilihan OS yang salah akan menjadikan pengaturcaraan menjadi lambat dan tidak begitu ‘powerful’, ‘multi-tasking’ dan sebagainya. Pilihlah OS yang terkenal dalam mengawal pengkalan data (database).

b) Pengkalan Data (Database)
Kesilapan dalam memilih database akan menyebabkan keupayaan dalam ‘output’ terhad. Ruangan storan juga akan mengalami masaalah dalam menanggung jumlah data yang amat banyak. Antara pengkalan data yang dicadangkan antaranya Universe, Pick System dan Oracle.

c) Application Developer
Ini amat penting dalam membangunkan applikasi bagi sesebuah syarikat dalam bentuk ’tailor made’. Pemilihan application developer yang salah akan menyebabkan bentuk data yang akan di’key in’ terhad. Kebanyakan syarikat menggunakan application developer seperti Visual Basic, Delphi atau Power2 .

 KESIMPULAN

 Syarikat haruslah berhati-hati agar pengkomputeran disyarikat menjadi kenyataan dan memberi hasil yang maksimum. Ini adalah kerana jikalau ia gagal maka pelbagai aspek  kerugian akan ditanggung oleh syarikat.

By Nor Arisham Haji Bakar
Published: April 12, 2002

Tinggalkan Balasan

Prof Jenin
IT Expert
ChatBot