PUTERA.com

Sumber Rujukan Teknologi Maklumat & Perniagaan Internet

Old computer and calculator in office.

Langkah koperasi menghadapi era IT

Cabaran dari arus Teknologi Maklumat sudah terasa bahangnya. Rata-rata masyarakat Malaysia sudah mula bercerita tentang kemajuan kita dalam era Teknologi Maklumat. Tidak dapat dinafikan ia sudah menjadi suatu indentiti baru Malaysia yang turut bersaing dalam mengejari arus kemodenan ini.

Koperasi yang seperti kita kenali adalah suatu gerakan yang sudah lama di Malaysia sudah semestinya tidak patut ketinggalan dalam arus ini. Antara beberapa langkah pendekatan yang harus diambil oleh koperasi-koperasi di Malaysia bagi turut sama menyumbang dan menyediakan diri di dalam era Teknologi Maklumat ini ialah :

 MENINGGIKAN TARAF (UPGRADE) PENGGUNAAN KOMPUTER DI KOPERASI

Masih ada koperasi-koperasi yang menggunakan sistem lama seperti MS-DOS , Professional Write atau WordStar yang sudah dianggap ketinggalan zaman oleh tenaga-tenaga Teknologi Malumat. Tidak kurang juga ada koperasi-koperasi yang langsung tidak mempunyai komputer !. Langkah-langkah kesedaran perlu di tingkatkan. Dengan seruan kerajaan bagi meninggikan mutu teknologi maklumat di Malaysia dan pengurangan cukai terhadap barangan atau kakitangan teknologi maklumat, koperasi bolehlah bertindak mendapatkan perkakasan atau sistem terkini didalam revolusi komputer disamping mendapatkan tenaga mahir yang murah dari luar. Ini adalah perlu, dengan terlahirnya industri ‘multimedia’ komputer-komputer peribadi yang lama seperti 80286 atau 80386 yang terdapat dikebanyakan koperasi  contohnya, tidak lagi mampu bersaing didalam arus teknologi yang makin berkembang ini. Ini akan menyebabkan koperasi tersebut dan banyak koperasi-koperasi lain ketinggalan jauh kebelakang. Koperasi-koperasi seharusnya memanafaatkan kelonggaran ini bagi mendapatkan teknologi terkini seperti Pentium II MMX. Dengan peralatan yang canggih seperti itu, keupayaan komputer di koperasi tidaklah boleh diperkecilkan.

Pengguna-pengguna komputer juga perlu ditingkatkan kemahiran mereka, jika tidak kita boleh diibaratkan membeli pesawat pejuang canggih tetapi tidak mempunyai juruterbang !. Kursus-kursus komputer kini boleh didapati secara murah dan mudah diseluruh negara.  Terdapat banyak universiti-universiti seperti Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Putra Malaysia atau Institut Teknologi MARA yang menawarkan pelbagai kursus komputer seperti Computer Science, Computer Studies atau Multimedia. Terdapat juga  kolej-kolej swasta yang turut sama menyumbang untuk kemajuan pengetahuan komputer seperti Cosmopoint atau Binary Business School yang sentiasa mendapatkan tenaga mahir dari luar negara agar kursus yang diberikan tidak ketinggalan zaman !.

 INTERNATIONAL NETWORK (INTERNET)

Internet adalah suatu ledakan baru daru arus teknologi maklumat. Ia adalah sejenis sistem rangkaian yang mampu memberi peluang kepada pengguna berinteraksi keseluruh dunia. Mendapatkan maklumat-maklumat terkini dan pelbagai lagi. Koperasi boleh menggunakan khidmat internet bagi mendapatkan pandangan-pandangan pakar dalam koperasi seperti koperasi-koperasi Jepun, Holland, German atau Sweeden.  Koperasi-koperasi juga boleh mengiklankan produk-produk atau servis mereka melalui internet ini dengan mencipta halaman elektronik mereka atau lebih dikenali dengan WEB. Ini akan menjadikan pasaran koperasi menjadi global atau antarabangsa. Produk-produk boleh diiklankan atau dipesan melalui surat elektronik (Electronic Mail). Koperasi juga boleh menggunakan sepenuhnya teknologi ini seperti menyediakan borang-borang keahlian, borang-borang pinjaman atau sistem maklumat ahli. Ini akan menyingkat masa dan tenaga ahli yang tinggal jauh, dimana mereka dapat menghantar borang pinjaman mereka melalui Electronic Mail atau melihat akaun mereka melalui WEB yang disediakan.

Harga-harga pasaran pesaing juga boleh dirujuk dihalaman mereka. Dengan itu kajian statistik boleh dibuat agar memastikan barangan-barangan atau servis koperasi sentiasa mendapat tempat berbanding syarikat-syarikat korporat. Melalui WEB juga informasi-informasi terkini boleh di paparkan atau melalui Electronic Mail, agenda-agenda tergempar boleh dihantar dengan kadar yang segera (1 hingga 2 minit) berbanding melalui pos biasa 3 atau 4 hari !. Ini akan menjadikan servis koperasi lebih efisien dan canggih setanding dengan badan-badan korporat. Jika koperasi memerlukan bantuan teknikal terhadap sesuatu masaalah, internet boleh dilayari (surfing) dan dicari halaman-halaman yang menyedikan khidmat itu. Ini akan mengurangkan kos perkhidmatan pakar, kerana didalam internet kebanyakan maklumat adalah PERCUMA !.  Perkhidmatan koperasi seperti CYBER COOP yang dirancang oleh Maktab Kerjasama Malaysia juga boleh dicapai melalui internet ini. Di dalam Cyber Coop, maklumat-maklumat terkini  tentang gerakan koperasi boleh dicapai. Para koperator-koperator juga boleh bertukar-tukar pendapat melalui rangkaian ini.

KORIDOR RAYA MULTIMEDIA (MULTIMEDIA SUPER CORRIDOR) 

Apabila kita membincangkan isu-isu semasa komputer, kita tidak lari dari memperkatakan tentang Koridor Raya Multimedia atau Multimedia Super Corridor (MSC). Selaras dengan Wawasan 2020, kerajaan telah melancarkan MSC ini bagi mencipta bandaraya bijak yang rata-rata akan menggunakan teknologi terkini. Apabila ia siap dijangka ‘teknologi tanpa kertas’ akan memainkan peranan yang banyak. Koperasi boleh mengambil peluang ini dengan memanafaat sepenuhnya apa yang cuba dibawa oleh kerajaan terhadap kemajuan teknologi maklumat dinegara kita. MSC akan menawarkan pelbagai kemudahan antaranya seperti :

  • Tenaga-tenaga teknologi maklumat yang murah
  • Mengadakan bandaraya bijak
  • Kemudahan mendapatkan bantuan pakar

Dr. Norsaidatul Akmar Bt. Mazelan dari Multimedia Development Corporation sebuah syarikat yang mentadbir MSC dalam siesi ceramahnya, menawarkan perkhidmatan dalam pelbagai teknik pasaran atau bantuan secara teknologi maklumat. Koperasi boleh menggunakan MDC dan MSC ini bagi meningkatkan perkhidmatan dan servis serta mendapat jaminan kerajaan dalam mendapatkan pelanggan didalam MSC ini.

Manakala bandaraya bijak boleh membolehkan koperasi berinteraksi dengan pelbagai syarikat-syarikat lain secara murah dan global. Tidak mustahil perkhidmatan koperasi boleh ditingkatkan hingga keluar negara !.

ALAF 2000

Setelah koperasi benar-benar bersedia dari segenap segi; perkasan dan tenaga kerja, Koperasi perlu menyediakan sepenuhnya khidmat atau servis melalui teknologi maklumat. Contohnya :

  • Menyediakan kaunter elektronik
    Dimana melalui kaunter ini segala maklumat ahli, akaun ahli, status pinjaman atau pertanyaan boleh ditanya pada komputer samada melalui talian telefon, internet atau datang sendiri. Kaunter ini akan mengurangkan kos kakitangan mahir dalam kaunter.
  • Mengedarkan maklumat kepada ahli melalui WEB, Electronic Mail, Video Conference atau CD-ROM
    Ini akan menjadikan maklumat lebih cepat, tepat dan efisien. Disamping pengurangan bahan-bahan bercetak melaui ‘teknologi tanpa kertas’ ini.
  • Menyediakan khidmat Sistem Rangkaian
    Melalui sistem ini, kakitangan boleh dihubungi terus dari koperasi sekiranya mereka diperlukan ketika bercuti. Kakitangan teknologi maklumat contohnya, dapat melakukan modifikasi atau implemntasi sistem hanya dari rumah mereka tanpa perlu pulang ke ibu pejabat !.

Koperasi seharusnya menggunakan peluang yang sedia ada agar sentiasa berada dihadapan bersama syarikat-syarikat korporat lain. Ini agar dapat mempastikan koperasi sentiasa maju dan diberikan tumpuan oleh kerajaan apabila munculnya alaf baru 2000 yang lebih dikenali dengan era teknologi maklumat.

Koperasi perlu mengadakan anjakan paradigma (Paradigm Shift) jangan sampai digelar ‘Katak Di Dalam Bekas Kaca’ yang hanya melihat perubahan yang pesat tanpa mengambil peluang atau  bergerak bersama-sama ke era yang lebih maju.

By Nor Arisham Haji Bakar
Published: April 12, 2002

Tinggalkan Balasan

Prof Jenin
IT Expert
ChatBot