Perkakasan Komputer
1.0 KEGUNAAN KOMPUTER
Kegunaan komputer utama komputer terbahagi kepada dua :
i) AM Kegunaan am seperti menaip (Wordprocessor), membuat grafik (Graphics), akaun (Accounting Systems)
ii) KHAS Seperti mengawal lampu isyarat, cuaca dan lain-lain.
2.0 SISTEM KOMPUTER
Sistem utama komputer terbahagi kepada 4 bahagian :
i) Input (Kemasukkan data)
ii) Unit Pemprosesan Pusat (UPP) atau Central Processing Unit (CPU)
iii) Storan (Penyimpanan data)
iv) Output (Keputusan data / Hasil ) INPUT -> CPU (Proses) -> OUTPUT | STORAN Input yang dihantar ke Unit Pemproses Pusat (UPP) akan diproses lalu dihantar ke Output atau disimpan di dalam storan.
3.0 INPUT
Input adalah dimana data dimasukkan. Ia terdapat dalam berbagai bentuk :
i) Papan Kekunci (Keyboard) Ia adalah yang paling popular. Terdapat dalam 101 kekunci atau 104 kekunci. Ia hampir sama dengan mesin taip, bezanya, Ia mempunyai kekunci-kekunci khas seperti tab, Shift, Ctrl, Page Up, Page Down, Backspace dan lain-lain serta kekunci fungsi iaitu F1-F12
ii) Tetikus (Mouse) Ia kerapkali digunakan bersama dengan aplikasi Windows. Terdapat dalam berbagai jenis :
a) Tetikus 2 button
b) Tetikus 3 button
c) Track Ball ( untuk komputer buku (notebook))
d) Active Pad
iii) Touch Screen Sejenis screen yang aktif bila disentuh
iv) Light Pen Sejenis pen elektronik yang digunakan didalam melukis grafik atau pelan (CAD)
v) Optical Character Reader (Pembaca Aksara Optik) Ia dapat membaca karbon pensil dan hampir sama seperti kegunaan dalam bar code reader dalam barangan.
vi) Magnetic Ink Color (Pembaca Dakwat Magnetik) Ia digunakan dalam membaca cek.
vii) Joystick (Kayu Ria) Digunakan dalam permainan video. Berfungsi lebih cepat dari papan kekunci dan berupaya berpusing 360 darjah.
viii) Voice Input System Menggunakan pembesar suara dan microfon
ix) Pad Pendigit Lukisan boleh dibuat di atas pad ini dan dihantar ke komputer
x) Kad Tebuk Ia adalah input pertama yang pernah digunakan. Ia selalunya diguna pada komputer jenis kerangka utama (Mainframe). Terdiri dari turus 96 dan 80. Satu turus mewakillik satu abjad. Diguna secara ‘off-line’. Ia terpaksa disusun mengikut turutan untuk diproses.
4.0 UNIT PEMPROSESAN PUSAT (UPP) / CENTRAL PROCESSING
UNIT (CPU) CPU adalah tempat pemprosesan data berlaku. CPU terbahagi kepada 2 unit utama
i) Unit Kawalan Unit kawalan adalah unit paling utama dimana ia digunakan untuk :
a) Mengawal aliran data
b) Mengawal langkah-langkah aturcara c) Mengeluarkan arahan kepada unit-unit lain (input, output atau storan)
ii) Unit Arithmetik Logik Ia adalah bertujuan untuk membuat perbandingan atau operasi logik
5.0 OUTPUT
Output adalah dimana hasil keputusan pemproses dihantar untuk rujukan. Ia terdiri dari :
i) Skrin (Monitor) Terbahagi kepada beberapa jenis :
a) Color Graphics Adapter (CGA) – 320 x 200 pixel (16K warna)
b) Enhanced Graphics Adapter (EGA) – 640 x 360 pexel (64K warna) c) Video Graphics Array (VGA) – 1024 x 768 poxel (256K warna) d) Enhanced Super Video Graphics Array (ESVGA) – 16M warna * pixel = picture element
ii) Pencetak (printer) Ia juga terdiri dari 2 jenis :
a) Pencetak Hentaman (Impact) Dot Matrik – Mencetak bising – 30-600 huruf per saat – Mencetak dari kiri ke kanan (bidirectional printing) – Mampu mencetak grafik – Tidak menyokong cetakkan warna Daisy Wheel – Melakukan cetakkan melalui piring yang diperbuat dari besi atau plastik – 300-600 huruf per saat – Juga bising ketika mencetak
b) Pencetak Tidak Hentam (Non Impact) Thermal – Menggunakan haba – 10-80 huruf / saat – Menggunakan kertas yang mahal – Kepala cetakkan istimewa Elektrosensitive – setanding dengan thermal – agak bising – Membentuk huruf melalui percikan kepada kepala cetak ke kertas – 160 aksara (huruf) / saat Ink Jet – Agak mahal – Mampu mencetak warna – Selalunya digunakan untuk peribadi Laser – 18000 baris / minit – Mahal – Senyap ketika mencetak – Mampu mencetak warna – Digunakan dipejabat – Menggunakan laser dan toner Membeli pencetak : Kelajuan Kualiti cetakkan Bunyi Sokongan perisian Penggunaan dakwat Tulisan (fonts) yang disediakan
6.0 STORAN
Storan adalah tempat penyimpanan data. Diukur dalam skala Bit, Bait, Kilobait, Megabait, Gigabait dan Terabait (Bit, Byte, Kilobyte, Megabyte, Gigabyte and Terabyte) . Ia terbahagi kepada dua :
i) Storan Utama (Primer Storage)
a) Memori (Memory) Ia adalah ingatan utama komputer. Terbahagi kepada dua;
i) Read Only Memory (ROM) / Memori Baca Sahaja Ia ditanam secara kekal didalam cip memori dan hanya untuk dibaca sahaja.
ii) Random Access Memori (RAM) / Memori Capaian Rawak Ia adalah ingatan sementara. Apabila tiada bekalan kuasa ia akan terpadam. Ia boleh ditambah dengan membeli cip memori tambahan (2M, 4M, 8M, 16M, 32M)
b) Cache Memory Didapati daripada cip tambahan di CPU secara external (luaran) atau internal (dalaman).
ii) Storan Sekunder (Secondary Storage) Ia boleh disimpan secara kekal. Mampu menyimpan lebih banyak data dari memori RAM. Walaupun begitu, capaiannya agak lambat.
a) Cakera Magnetik Disaluti oleh ‘Ferrous Oxide’ yang memegang cas elektro magnetik. Menggunakan kod ASCII dan EBCDEC Dibahagi mengikut sektor (1 sector = 512 byte) Data-data disimpan mengikut track (File Allocationm Table (FAT) yang dibuat oleh Sistem Pengoperasian. Terbahagi kepada beberapa jenis ;
i) Cakera Keras / Cakera Liat (HardDisk) Mempunyai keupayaan menyimpan data dari 40 Megabyte – 4.5 Gigabyte
ii) Cakera Liut (Floppy Disk) Terbahagi kepada dua saiz : *) 5 ¼ inci Mampu meyimpan data sebanyak 360K (Double Density) dan 1.2M (High Density) **) 3.5 inci Mampu menyimpan data sebanyak 720K (Double Density) dan 1.44M (High Density)
b) CD-ROM (Compact Disk -Read Only Memory) Ia mampu menyimpan data dari 600M – 650M. Hanya boleh dibaca sahaja. Selalunya digunakan dalam industri multimedia. Keluaran terbaru ialah CD-RW (Compact Disk – Read Write). Ia boleh dibaca dan ditulis bagi menyimpan data multimedia.
c) Pita Magnetik Ia seperti gulungan filem. Disaluti oleh ‘iron oxide’ dan berukuran ½ inci lebar dan berdiameter 10 ½ inci. Selalunya digunakan bagi membuat data pendua (backup). Data yang disimpan dicapai dengan cara jujukan.
7.0 CIP
Cip adalah litar terkamir yang diperbuat dari silikon yang boleh didapati didalam pasir. Cip yang paling utama didalam sesuatu komputer ialah Cip Pemproses (Processor) Cip Pemproses (Processor) Ia akan menentukan kelajuan memproses data bagi sesebuah komputer. Antaranya :
i) 80826
ii) 80836 SX dan DX
iii) 80486 SX, DX2 dan DX4
iv) Pentium
v) Pentium Pro
vi) Pentium Pro MMX (Multimedia Extension)
vii) Pentium II SX = 16 bit DX = 32 bit SL = menggunakan bekalan elektrik rendah dan digunakan pada komputer buku (notebook). Kelajuan juga ditentukan oleh speed cycle yang diukur dalam Mega Hertz (MHz). Contohnya : 486DX 16MHz dan 486DX2 66MHz. Antara syarikat-syarikat terkemuka yang mengeluarkan cip ialah :
i) Intel
ii) AMD (Advance Micro Device) AMD K5, AMD K6
iii) Cyrix 5×86, 6×86 (M1) iv) PowerPC (IBM, Apple dan Motorola) CISC (Computer Instructions Set Computing), RISC (Reduce Instructions Set Computing) Bus Bus ialah laluan elektronik yang terdapat pada kad-kad kawalan pada papan utama (Motherboad). Lebih lebar bus maka lebih lajulah data di alirkan. Di ukur dalam 8, 16, 32, 64 bit dan dalam MHz. Jenis-jenis bus ialah :
i) ISA (Industry Standard Architecture) Ia adalah yang paling awal dan perlahan Hanya berkeupayaan 8MHz, 16 bit Bertujuan untuk menghantar data ke modem.
ii) VL-BUS (Video Local Bus) Didapati didalam komputer jenis 486 keatas. Bertujuan menghantar data ke monitor. Berkeupayaan 66Mhz, 32 dan 64 bit.
iii) PCI-BUS (Peripheral Component Interconnect) Ia adalah yang terbaru. Ia bertujuan mengawal alatan yang berkeupayaan tinggi. Berkeupayaan 66MHz, 32 dan 64 bit. Boleh didapati didalam komputer jenis Pentium dan Pentium Pro keatas.
By Nor Arisham Haji Bakar